Soalan lazim

  • Home
  • Penunduk Isteri 
  • Penambat Suami 
  • D.I.Y NikahSiam 
  • Pembelian 
  • Soalan Lazim


Soalan Lazim

Berikut adalah soalan-soalan lazim yang selalu ditanya oleh pelawat-pelawat website ini:-


1. Apakah yang dimaksudkan dengan ebook? Bolehkah saudara terangkan sedikit?

Jawapan: 
Ebook bermaksud buku elektronik iaitu buku yang hanya boleh dibuka (dibaca) menggunakan komputer. Selalunya, ebook ditulis dalam format Microsoft Word dan kemudiannya ditukarkan ke format pdf. Untuk memudahkan download melalui internet, ebook dalam format pdf ini selalunya akan ditukarkan ke format zip atau rar.

Walaupun ebook hanya boleh dibuka (atau dibaca) melalui komputer, namun ia boleh dicetak terus dari komputer sekiranya anda memiliki mesin pencetak (printer). Setelah dicetak, anda bolehlah menyusunnya mengikut muka surat dan seterusnya melakukan "binding". Maka, ia akan menjadi seperti buku fizikal yang boleh dibawa ke mana-mana.


2. Selepas saya membuat pembayaran, berapa lamakah saya perlu menunggu? Bolehkah saya menerima pesanan tersebut dengan cepat? Berapa lamakah masa yang diambil untuk saudara menghantar pesanan saya?

Jawapan: 
Walaupun dinyatakan bahawa anda akan menerima produk-produk tersebut dalam masa 1 atau 2 hari (24 atau 48) jam, namun kebanyakan pembeli akan menerima produk-produk tersebut hanya dalam tempoh beberapa jam sahaja, malah ada yang menerimanya secepat 10 hingga 20 minit sahaja.

Agar pesanan anda boleh saya uruskan dengan pantas, anda disarankan supaya memaklumkan kepada saya melalui nombor hp 013-3311606 (Pn.Rina) dengan segera, sebaik sahaja pembayaran telah dibuat.

Berikut adalah maklumat-maklumat yang saya perlukan:-

  1. Nama anda
  2. Email anda
  3. Tujuan bayaran dibuat (contoh: Membeli ebook ...(sila nyatakan)...)
  4. Jumlah keseluruhan yang anda telah bayar
  5. Cara bayaran (Maybank atau CIMB Bank)
  6. MMS-kan bukti pembayaran sekiranya ada (tidak wajib).

3. Pada tahun berapakah Koleksi  mula-mula sekali ditulis seterusnya disiapkan?

Jawapan: Koleksi ini mula-mula ditulis pada tahun 2005 dengan tajuk pertama yang ditulis adalah Ribuan Petua Tradisional, Ilmu Pengasih dan Ilmu Pemanis. Namun, 18 daripada 19 tajuk yang ada (kecuali Seni Beladiri) telah siap sepenuhnya pada tahun 2006 dan versi yang ada sekarang sebenarnya adalah versi ketiga iaitu pembaikan daripada versi kedua yang telah disiapkan pada tahun 2007.

Tajuk-tajuk yang terdapat di dalam Koleksi ini merupakan adaptasi daripada catatan-catatan tulisan penulis sendiri sejak sekitar tahun 1989 serta study yang beliau lakukan sepanjang tempoh penglibatan beliau. Versi yang anda lihat sekarang adalah versi-versi yang telah diteliti dan lebih sesuai untuk didedahkan. Mana-mana yang tidak harus menjadi pengetahuan umum, sebaiknya biarlah ia begitu. Harap maklum!


4. Di manakah saudara mendapatkan segala maklumat untuk menghasilkan Koleksi  tersebut?

Jawapan: Segala maklumat yang terdapat di dalam setiap tajuk Koleksi  sebahagiannya (kira-kira 50%) adalah daripada pengalaman penulis sendiri  dan sebahagiannya pula (kira-kira 50% lagi) adalah berdasarkan kajian dan study yang dilakukan ke atas orang-orang yang berpengalaman, kitab-kitab kuno, catatan-catatan persendirian dan seumpamanya.


5. Apakah bezanya di antara ilmu pengasih dengan ilmu pemanis?

Jawapan: Ilmu pengasih adalah ilmu yang digunakan untuk menjadikan seseorang individu atau masyarakat tertentu menjadi kasih, sayang, rindu, kasihan atau lemah hati apabila memandang, teringat atau menghidu bauan yang berkaitan dengan individu pengamal ilmu pengasih tersebut. Malah, boleh terbawa sehingga ke mimpi atau seumur hidup (terpulang kepada jenis amalan yang digunakan). Ilmu pengasih biasanya mempunyai subjek (individu atau masyarakat sasaran) untuk ditujukan ilmu tersebut. Secara umumnya, ilmu pengasih adalah untuk mewujudkan rasa kasih sayang rindu-rinduan terhadap orang yang mengamalkan ilmu pengasih tersebut di hati orang (atau masyarakat) yang ditujukan.

Sementara ilmu pemanis pula adalah ilmu yang digunakan untuk menjadikan diri pengamal itu sendiri nampak manis dan 'bercahaya' di mata masyarakat umum terutama apabila pengamalnya keluar rumah, pergi ke keramaian-keramaian tertentu, temuduga dan seumpamanya. Malah, sangat sesuai diamalkan oleh individu-individu yang terkenal seperti penyanyi, artis, ahli politik, para usahawan (termasuk usahawan internet) dan sebagainya, kerana mereka adalah golongan yang mendapat perhatian umum. Ilmu pemanis biasanya tidak mempunyai subjek (individu atau masyarakat sasaran) untuk ditujukan ilmu tersebut. Hanya cukup diamalkan terhadap diri pengamal ilmu pemanis itu sendiri. Ilmu pesona diri adalah salah satu cabang ilmu pemanis ini. Secara umumnya, ilmu pemanis adalah untuk menjadikan diri pengamalnya nampak manis, ceria, berseri dan 'bercahaya' di wajah dan di tubuh badannya (disebut juga "aura").

Ilmu pengasih boleh menjadi ilmu pemanis (dalam keadaan tertentu) dan begitu juga sebaliknya. Namun, ilmu pengasih lebih 'berat' tujuannya kerana ia dalam bentuk "menumpu" berbanding dengan ilmu pemanis yang bersifat menyeluruh (tidak menumpu).

 Jika anda mempunyai sebarang soalan yang tidak serupa (tidak sama maksud) dengan soalan-soalan lazim di atas, sila isikan borang di bawah dan klik butang "Submit". Soalan anda itu nanti akan dihantarkan ke email kami dan pihak kami akan membalasnya dengan secepat mungkin ke alamat email anda. Sila beri masa 1 hingga 3 hari untuk kami membalasnya. Terima kasih.


No comments:

Post a Comment